10 Tips Penjagaan Anak Batuk Dan Selsema

8 Trik Mudah Agar Anak Gemar Membaca

Kesihatan adalah nikmat yang paling lazat yang dikurniakan oleh Allah.

Demam dan batuk adalah satu symptom yang biasa dialami oleh anak-anak sebelum menjadi lebih teruk kepada penyakit lain. Itu adalah symptom awal untuk menyingkirkan bakteria dalam badan.

Jika Antibody anak tak kuat, maka anak tersebut akan lebih teruk demam dan batuk yang dialami.

10 Tips Penjagaan Anak Batuk Dan Selsema

Disini suka saya kongsikan 10 Tips Penjagaan Anak Batuk Dan Selsema yang boleh dibuat oleh ibubapa yang budiman seperti kalian.

1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.

Download (1)

2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.

3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah 6 bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.

3677082352 1

Buah Oren adalah buah yang kaya dengan vitamin C.

4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi.

5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir janggkiti orang lain.

8 Trik Mudah Agar Anak Gemar Membaca

6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain.

Jerebu Melanda Di Melaka

Kredit Foto : Utusan Online

7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun.

8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.

9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri.

10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu.

Rujukan :

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB

Penutup

Kesihatan anak-anak perlu diberi perhatian sewajarnya oleh ibubapa atau penjaga. Ingatlah bahawa anak adalah amanah daripada Allah, maka adalah menjadi tanggungjawab ibubapa bagi memstiakn anak sihat dan selamat.

Pada waktu ini adalah waktu terbaik untuk bersyukur akan nikmat sihat. Jika tiada sakit, kita tak mampu bersyukur untuk atas nikmat sihat. Jika tiada sihat, kita perlu bertambah kesyukuran kepada Allah agar Dia kurniakan lebih lagi dan nikmat ini.

“Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam usaha yang dilakukan agar mendapat pertolonganNya suatu hari nanti.”

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: ##tips #batuk #selsema

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "10 Tips Penjagaan Anak Batuk Dan Selsema"